KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) Datuk Mohamad Iruan Zulkefli menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan beliau dengan isu meminta wang atau salah guna kuasa.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar, tidak berasas dan fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta integritinya.
"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Nilai hari ini dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Mohamad Iruan turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media esok bagi memberi penjelasan terperinci dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu berkenaan.
Terdahulu, tular video di Facebook dakwaan seorang jurulatih tinju bahawa dia dipaksa melakukan pemindahan wang kepada PTM setiap bulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial