KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Semangat juang yang tinggi dan aksi bertenaga dipamerkan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani pada final Malaysia Masters 2026 mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata walaupun gelaran juara tidak menyebelahi pasangan negara itu, prestasi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan badminton itu amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
"Terus melangkah lebih jauh, bangkit lebih kuat dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas dunia," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, malam ini.
Ahmad Zahid turut memberi jaminan bahawa seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa berdiri teguh di belakang gandingan tersebut untuk terus memburu kejayaan pada masa hadapan.
"Keep it up, guys! Rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang kalian," katanya.
Sze Fei-Nur Izzuddin menamatkan cabaran sebagai naib juara setelah tewas kepada wakil Denmark Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 16-21, 17-21 pada perlawanan akhir itu di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial