KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Cabaran kem Malaysia pada Terbuka British 2026 berakhir selepas jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari tersingkir pada pusinga ketiga di Birmingham, pada Rabu.
Pada aksi berlangsung di Solihull Arden, Sivasangari yang merupakan harapan terakhir negara pada kejohanan itu dan diletakkan sebagai pilihan kelima dikejutkan oleh pemain tuan rumah yang juga pilihan kesembilan Georgina Kennedy 9-11, 9-11, 13-11, 5-11.
Georgina seterusnya akan berdepan pilihan kedua dari Mesir Nour El Sherbini yang menewaskan Chan Sin Yuk dari Hong Kong 11-3, 11-2, 11-7.
Kejohanan bertaraf Diamond dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional itu, yang menawarkan hadiah keseluruhan USD346,500 (RM1.39 juta) akan berakhir Ahad ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial