KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Wartawan sukan Bernama Muhammad Zulkarnain Mohd Azman meraih gangsa kategori penulisan terbaik pada Anugerah Media Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang (MPL MY) musim ke-17 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
Muhammad Zulkarnain menerima pengiktirafan berkenaan menerusi artikel bertajuk “E-sukan Platform Bentuk Kemahiran Insaniah”.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa Moonton Games Marcus Lim.
Sementara itu, Muhammad Zulkarnain ketika ditemui tidak menyangka terpilih sebagai antara pemenang anugerah berkenaan.
“Ini merupakan tahun kedua saya menghantar penyertaan dan akhirnya berjaya memenangi tempat ketiga.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk editor dan rakan sekerja serta keluarga yang menyumbang kepada kemenangan anugerah berkenaan,” katanya.
Anugerah berkenaan diadakan bagi menghargai peranan media dan pencipta kandungan yang merupakan tulang belakang bagi menjayakan MPL MY yang merupakan antara liga e-sukan berprestij di Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial