KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan melangkah ke final Terbuka Indonesia selepas menewaskan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae hari ini.
Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, gandingan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menang aksi berkenaan 21-18, 17-21, 21-16 dalam tempoh 56 minit.
Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di final esok ialah sama ada pasangan pilihan keenam kejohanan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani atau gandingan senegara mereka, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir lewat malam ini.
Untuk rekod ini, ini adalah final ketiga buat pasangan Malaysia dalam kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini dengan pencapaian terbaik menjadi juara Indonesia Masters Januari lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial