SUKAN > BERITA

Penetapan Sasaran Pingat Sukan Komanwel Di Fasa Akhir

16/06/2026 02:26 PM

PETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sasaran pingat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pengumuman rasmi dijangka dibuat beberapa hari sebelum majlis penyerahan bendera kontinjen Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai ini.

“Perbincangan yang panjang telah pun berlangsung dan sekarang ini kami berada di peringkat akhir untuk menetapkan sasaran pingat.

“Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan mengumumkan sasaran pingat itu,” katanya ketika ditemui selepas Kejohanan Kelayakan Sukan Asia Honor of Kings di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mohammed Taufiq ketika ditanya mengenai mekanisme yang bakal digunakan KBS bagi menetapkan sasaran pingat pada temasya itu berkata perkara berkenaan akan dimaklumkan ketika pengumuman rasmi kelak.

Untuk rekod, Malaysia berjaya membawa pulang tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa secara keseluruhan pada edisi 2022 di Birmingham, England.

Kutipan pingat pasukan negara pada edisi kali ini bagaimanapun dijangka sedikit terjejas selepas beberapa sukan yang menjadi lubuk emas negara digugurkan, antaranya badminton dan terjun.

Sukan Komanwel 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan