SUKAN > BERITA

Tiada Wakil Negara Ke Final Terbuka Macau

20/06/2026 08:09 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) --  Malaysia gagal menempatkan wakil di pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau 2026 selepas kesemua pemain negara tersingkir pada aksi separuh akhir, hari ini.

Pada aksi di Macau East Asian Games Dome, beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing menjadi wakil pertama yang terkandas apabila tewas kepada pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 11-21, 22-24.

Turut menerima nasib sama ialah beregu lelaki profesional Low Hang Yee-Ng Eng Cheong selepas disingkirkan pasangan pilihan keempat dari Indonesia, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi, 12-21, 12-21.

Cabaran beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carmen Ting yang juga pilihan kedua kejohanan, turut berakhir di separuh akhir apabila tunduk kepada juara Terbuka Thailand dari China, Bao Li Jing-Cao Zi Han, 18-21, 13-21.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Eogene Ewe yang mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua dari Singapura, Jason Teh, semalam, gagal meneruskan momentum apabila tewas kepada pemain China, Hu Zhe An, 15-21, 18-21.

Melengkapkan senarai kegagalan wakil negara, satu lagi beregu lelaki Chia Weijie-Teo Ee Yi, turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Lee Jongmin, 4-21, 11-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan