SUKAN > BERITA

Irfan Pecah Rekod Kebangsaan Selepas Sembilan Tahun, Raih Emas Di Hungary

21/06/2026 05:20 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin tampil cemerlang memenangi pingat emas pada Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag di Vesprem, Hungary, semalam.

Lebih manis atlet berusia 30 tahun itu menamatkan penantian sembilan tahun untuk memadam rekod lempar cakera kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan baharu 62.87 meter (m).

Rekod kebangsaan terdahulu sejauh 62.55m dilakar Irfan ketika Kejohanan Olahraga Austria di Linz, Austria pada 2017.

Aksi cemerlang Irfan menyaksikannya mengatasi dua atlet tuan rumah, iaitu Zalan Strigenzc yang meraih pingat perak dengan lontaran 53.84m dan Zsombor Takacs yang membawa pulang gangsa menerusi catatan 51.31m.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan