WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TEST- SABAH SIASAT DAKWAAN TANAH HUTAN SIMPAN DIIKLANKAN UNTUK DIJUAL

15/10/2024 10:24 AM

KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khususnya rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh mahupun terlalu percaya dengan sebarang maklumat disebarkan menerusi media sosial tanpa penjelasan daripada agensi atau jabatan kerajaan berkaitan.

"Dalam pautan media sosial ini banyak yang temberang dan juga buat fitnah. Saya harap orang ramai jangan terlampau percaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu pautan tular dimuat naik dalam sebuah platform media sosial Jumaat lepas, yang mendakwa terdapat senarai tanah di kawasan hutan hujan seluas 80,000 hektar membabitkan Sabah dan Sarawak diiklankan untuk dijual di laman sesawang jual beli.

Pautan itu dimuat naik oleh sebuah badan mendakwa sebagai pemerhati bebas serantau yang menjalankan penyelidikan serta analisis mengenai isu berkaitan iklim.

Sementara itu, Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dilaporkan berkata Jabatan Perhutanan negeri akan menyiasat dakwaan dua hutan simpan diiklankan untuk dijual di negeri ini, selain menasihati orang ramai supaya menghubungi jabatan itu berhubung sebarang perkara berkaitan hutan simpan.

Frederick turut menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘menyedihkan’ dan dilakukan dengan niat untuk menipu bakal pelabur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan