WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Perak, Pantai Timur Dan Sabah Hingga 1 Pagi - MetMalaysia

17/10/2024 09:52 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 malam ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, Perak

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.

Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan