WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jangan Terperdaya Akaun Media Sosial Palsu Kerabat Diraja Pahang

18/10/2024 04:08 PM

KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial peribadi milik baginda malah segala pemberitahuan berkenaan aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.

Selain itu, hantaran berkenaan turut memaklumkan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya memiliki akaun yang aktif di aplikasi Instagram dan TikTok sahaja menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibarahim Alam Shah pula hanya mempunyai satu akaun media sosial sahaja iaitu di Instagram dengan nama this.7.

“Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap agar tiada yang terpedaya dengan penyamaran cuba mengelirukan orang ramai," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan