WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Kepada 498 Orang Petang Ini

21/10/2024 06:40 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di Perak dan Selangor bertambah baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun kepada 498 orang setakat 5 petang ini, berbanding 670 pagi tadi.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK seramai 359 mangsa daripada 104 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Bagi situasi banjir di SELANGOR pula, seramai 139 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di empat PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan terdapat satu sungai berada pada paras bahaya melibatkan stesen Marudi, Sarawak, manakala dua sungai mencatatkan paras amaran iaitu di stesen Benawa, Miri dan Sungai Rui di Hulu Perak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan