WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Pakistan Maut Ditikam

21/10/2024 10:55 PM

GEORGE TOWN, 21 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam seorang lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata kejadian itu berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

Lee berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan