WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Insiden Kibar Bendera China, Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

25/10/2024 02:09 PM

IPOH, 25 Okt (Bernama) -- Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia hari ini memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden terbabit dan akan meneliti segala aspek yang perlu dibaiki demi menjayakan program itu,” katanya menerusi laman Facebook persatuan berkenaan hari ini.

Beliau berkata sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang telah diraikan sejak bertahun yang lepas dan dianjurkan di beberapa negeri dari Johor ke Pulau Pinang, dengan Perak merupakan antara negeri yang terlibat.

Soon berkata dalam setiap program sambutan di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme dan perarakan sambutan di Teluk Intan juga tidak terkecuali. 

Sejak semalam, tular di media sosial video sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada sambutan pesta terbabit.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan