WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tengku Permaisuri Norashikin Berangkat Ke Program World Animal Day 2024

26/10/2024 03:49 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat menghadiri Program World Animal Day 2024 yang diadakan di Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Ampang dekat sini.

Keberangkatan tiba baginda pada 10.50 pagi disambut oleh Pengerusi SPCA Selangor Christine Chin.

Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa hampir dua jam di acara tersebut dan berkenan menyampaikan anugerah penghargaan kepada 13 penerima yang merangkumi pihak penaja serta penyelamat dan pengasuh haiwan, sempena Inisiatif Potong Royong dan Stray Free Selangor (SFS) Ogos lepas.

Inisiatif tersebut merupakan projek lapangan yang melaksanakan pemandulan dan pensterilan haiwan terbiar bertujuan mengurangkan bilangan haiwan terbiar dan meningkatkan kesihatan dan keselamatan awam.

Baginda kemudian berkenan melawat beberapa reruai pameran haiwan sebelum berangkat pulang pada 1 tengah hari.

Hari Haiwan Sedunia di sambut pada 4 Okt bertujuan memperjuangkan kebajikan haiwan dan mempromosikan layanan berperikemanusiaan terhadap semua haiwan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan