WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Lancar Kempen RFC Madani Care For Nature

27/10/2024 03:35 PM

IPOH, 27 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kempen RFC Madani Care For Nature di Taman Eco Rimba Kledang Saiong di sini, yang bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar. 

Kempen itu adalah sebahagian daripada usaha Rainforest Challenge (RFC) menerap dan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dan semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat, sempena Hari Alam Sekitar Negara 21 Okt lepas.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan simbolik pelepasan RFC Grand Final 2024 yang bakal diadakan di Perak mulai 29 Nov hingga 9 Dis ini. 

RFC merupakan acara tahunan sukan lasak kenderaan 4x4 antarabangsa yang diadakan di Malaysia sejak 1997, turut diadakan di lebih 20 buah negara melalui RFC Global Series.

Sebanyak 30 pacuan empat roda terlibat dalam program hari ini, yang menyaksikan pertandingan yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia sehingga dinobat tempat ketiga daripada 10 pertandingan permotoran paling lasak di dunia sebaris dengan Dakar Rally, BAJA Race, Le Mans 24hr Race dan Isle of Man Race.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan