WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Siasat Kesahihan Kad Pengenalan, Lesen Memandu Ditemukan Di Ukraine - KPN

29/10/2024 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sedang menyemak kesahihan dakwaan itu dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar Negeri.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat itu dan menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri ketika di luar negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan