IPOH, 31 Okt (Bernama) -- Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima ‘ahli baharu’ dengan kelahiran seekor anak badak air (Hippopotamus amphibius), pada 5 Jun lepas.
ZTNS dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama 'Lek’.
“Lek berusia 32 tahun berasal dari Zoo Bangkok manakala bapa anak badak air berkenaan iaitu April berumur 22 tahun dilahirkan di ZTNS.
“Sebelum ini, Lek pernah melahirkan seekor badak air pada 2016 yang diberi nama Atan. Dengan kelahiran baharu ini, ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air," menurut ZTNS hari ini.
Sementara itu, ZTNS turut menyambut kelahiran 16 anak Kura-kura Sulcata (Geochelone sulcata) yang dianggap sebagai kejayaan ulung bagi pembiakan spesies berkenaan di zoo itu.
Kesemua anak kura-kura itu sedang menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan rapi bagi memastikan tahap kesihatan serta perkembangan berada pada tahap terbaik sebelum dipertontonkan kepada pengunjung.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial