WILAYAH - UTARA > BERITA

JAS Siasat Dakwaan Pencemaran Perairan Berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang

10/11/2024 09:41 PM

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencemaran yang berlaku di perairan negeri itu berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah di sini.

Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan selepas beberapa gambar memaparkan jalur berwarna coklat di kawasan perairan berkenaan tular menerusi media sosial.

“JAS akan siasat perkara itu dan ia nampak macam perbuatan sabotaj atau disengajakan sebab dibuat di tempat yang mudah dilihat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang Zarina Zainuddin berkata pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kejadian itu.

"Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tidak dapat sebarang maklumat lagi, kami akan siasat perkara tersebut," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan