WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mahkamah Agung Brazil Dikosongkan Selepas Dua Insiden Letupan, Seorang Maut

14/11/2024 09:37 AM

SAO PAULO, 14 Nov (Reuters) -- Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan selepas dua letupan berlaku di luar bangunan berkenaan pada malam Rabu, menyebabkan seorang lelaki terbunuh di dataran di hadapan mahkamah, menurut pihak polis dan saksi.

Para hakim dipindahkan dengan selamat, menurut kenyataan mahkamah.

Letupan pertama berlaku di tempat letak kereta berhampiran bangunan mahkamah, dengan siaran televisyen tempatan menunjukkan letupan berlaku di bahagian but sebuah kereta.

Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit untuk mengesan bahan letupan lain, dan Peguam Negara Brazil menyifatkan insiden ini sebagai "serangan" di media sosial.

Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di dataran berhadapan mahkamah.

Mahkamah Agung terletak berhadapan dengan istana presiden Brazil, di mana Presiden Luis Inacio Lula da Silva dilaporkan beredar beberapa minit sebelum letupan berlaku.

Kedua-dua letupan dilaporkan berlaku dalam selang masa 20 saat, menurut laporan media tempatan.

-- REUTERS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan