WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MPOGCF Belanja RM31.86 Juta Peruntukan Ses Sehingga Oktober 2024 - KPK

14/11/2024 06:39 PM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) telah membelanjakan 78 peratus peruntukan ses iaitu sebanyak RM31.86 juta bagi penanaman pokok dan pemulihan habitat.

Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Chan Foong Hin berkata jumlah tersebut merangkumi perbelanjaan sejak penubuhannya pada 2019 sehingga bulan Oktober 2024.

“Pada tahun ini MPOCGF membelanjakan RM8.58 juta daripada peruntukan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) berkenaan pengutipan ses dalam MPOGCF sejak ia ditubuhkan, dan berapa banyak telah dibelanjakan sehingga Oktober lepas.

Beliau berkata RM2.64 juta telah disalurkan sehingga 31 Okt, termasuk RM557,115 bagi 2024 kepada MPOGCF untuk Projek Penanaman Sejuta Pokok.

Chan berkata Projek Penanaman Sejuta Pokok dibahagikan kepada lima fasa, dengan fasa satu telah selesai manakala fasa dua sedang berjalan.

“Pelaksanaan projek semasa fasa satu dan dua (untuk menanam 100,000 pokok hutan) mengalami sedikit kelewatan kesan daripada pandemik COVID-19. Garis panduan dan kriteria penanaman pokok hutan yang ketat oleh Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) menyebabkan pelaksanaan fasa tiga, iaitu untuk menanam 300,000 pokok hutan mengikut bajet sedia ada ditangguhkan,” tambah beliau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan