IPOH, 20 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5, di Teluk Intan, ditemukan lemas hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Ng Weng Lum, 48, ditemukan kira-kira 9.30 pagi.
"Pencarian dilakukan sekitar radius 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sejak semalam.
"Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat mangsa di kawasan Kampung Tapak Semenang kira-kira 4.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, hasil maklumat daripada nelayan di lokasi," katanya.
Beliau berkata operasi pencarian tamat pada 10.15 pagi dan mayat Ng dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial