WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Prasarana Tambah Kekerapan Tren Dan Bas, Mudahkan Pengunjung Ke Program 2TM

21/11/2024 01:44 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kekerapan tren dan laluan bas Rapid KL terpilih akan ditambah bermula esok bagi memudahkan pengunjung ke program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Nov.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan merupakan komitmen pihaknya dalam menyokong usaha kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan hala tuju secara terus kepada rakyat  menerusi program yang bermanfaat.

Beliau berkata lokasi program 2TM yang akan membukan tirai esok boleh diakses menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL, iaitu menerusi Stesen LRT KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen MRT Persiaran KLCC (LaluanPutrajaya) dan Stesen Raja Chulan (Monorel Kuala Lumpur). 

"Kekerapan tren bagi LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Putrajaya akan ditingkatkan kepada setiap tiga dan lima minit bermula10 pagi hingga 3 petang pada Sabtu. Langkah ini dapat memberi lebih kapasiti dan keselesaan kepada pengunjung untuk hadir," katanya.

Bagi perkhidmatan bas pula, Prasarana memaklumkan Rapid KL akan menambah bilangan bas bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan laluan 300 (Pandan Indah - Lebuh Ampang); laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang) dan laluan 402 (Titiwangsa – KLCC).

Pengunjung juga disarankan untuk menggunakan kemudahan Park N Ride di stesen-stesen rel terpilih dengan kad Touch ‘N Go yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir.

"Rapid KL turut menambah bilangan anggota Polis Bantuan dan pegawai operasi di stesen-stesen rel terpilih dan hab bas KLCC bagi memberikan khidmat layanan terbaik selain menjaga keselamatan penumpang," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan