IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan judi dalam talian didalangi warga China selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan untuk aktiviti itu di Sunway City di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata enam individu masing-masing tiga wanita dan tiga lelaki berusia 29 hingga 34 tahun ditahan dalam serbuan pada kira-kira 2 petang itu.
“Suspek yang aktif sejak Oktober lepas menyasarkan mangsa dari luar negara terutama China selain berperanan sebagai pengendali pusat panggilan, penjaga akaun dan pegawai khidmat pelanggan.
“Mereka menggunakan aplikasi Telegram dan laman sesawang yang diwujudkan khas untuk mempromosikan iklan tambah nilai bagi perjudian berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta BMW, dua komputer riba, tujuh telefon bimbit, satu iPad dan modem Internet.
Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari hingga 6 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 120B serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial