WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Won Korea Melemah Dengan Ketara Susulan Pengisytiharan Undang-Undang Tentera

04/12/2024 02:29 AM

SEOUL, 4 Dis (Bernama-Yonhap) -- Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.

Won Korea merosot kepada serendah 1,430 won setiap dolar dalam dagangan luar pesisir malam tadi, selepas Yoon membuat pengisytiharan itu dalam siaran langsung mengejut pada lewat malam, dengan menuduh pihak pembangkang menguasai parlimen dan melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara."

Ia adalah paras terendah sejak 26 Okt 2022, apabila mata wang tempatan itu jatuh kepada 1,432.4 won semasa dagangan dalam sesi harian.

Dalam dagangan domestik, mata wang tempatan itu didagangkan pada kadar 1,402.9 won berbanding dolar AS pada 3.30 petang, turun 1.6 won berbanding sesi sebelumnya.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan