IPOH, 4 Dis (Bernama) -- Operasi mencari seorang lagi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, dekat Gerik diteruskan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata usaha mencari masih diteruskan pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis dan tentera di sekitar kawasan Sungai Merah itu.
"Cuaca tidak menentu ketika ini, tetapi sehari dua ini nampak cuaca baik, cuma hujan di sebelah petang dan malam, sekarang ini cuaca mendung," katanya ketika dihubungi hari ini.
TDM dalam kenyataan malam tadi mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding pada 30 Nov lepas.
Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat pada 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun LKpl Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka dan LKpl Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor, hilang.
Bagaimanapun mayat Mohd Afandi ditemui pada 1 Dis di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial