KANGAR, 4 Dis (Bernama) -- Projek kuarters bagi pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sempadan di Padang Besar dirancang dengan teliti untuk menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan serba moden.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kemudahan yang disediakan itu bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal tetapi juga menyokong aspek spiritual dan moral anggota keselamatan negara.
Beliau berkata ia satu langkah dalam memperkukuh keselamatan serta kesejahteraan negara dan menjaga kebajikan warga kerja agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
"Alhamdulillah pagi tadi saya berada di majlis penyerahan projek kuarters bagi pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sempadan di Padang Besar, Perlis.
“Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pasukan keselamatan sempadan negara kita," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Saifuddin Nasution memaklumkan projek kuarters yang bakal dihuni Kompeni C, Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) itu antaranya merangkumi 125 unit kuarters, surau, padang kawad, tadika, dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial