WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK TIGA PREMIS TERLIBAT KEGIATAN JUDI

17/12/2024 05:40 PM

KUALA LUMPUR 17 Dis (Bernama) -- Tiga premis di ibu negara dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik kerana didapati menjalankan kegiatan perjudian secara haram dalam satu operasi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohammad Lazim Ismail berkata operasi dijalankan polis bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi melibatkan premis di Jalan Ampang, Taman Sri Rampai dan Taman Danau Kota di sini.

“Ketiga-tiga premis dipotong bekalan elektrik kerana menjalankan aktiviti perjudian iaitu menjadi ejen loteri awam haram dan ejen tambah nilai judi dalam talian haram yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata premis terbabit yang sebelum ini berselindung di sebalik aktiviti perniagaan lain iaitu pusat permainan snuker dan kedai runcit, didapati tidak lagi beroperasi. 

Difahamkan serbuan ke atas ketiga-tiga premis itu telah dijalankan antara Jun hingga November lepas membabitkan enam tangkapan dan tindakan pemotongan bekalan elektrik bagi mengelakkan premis terbabit meneruskan kegiatan mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan