WILAYAH - UTARA > BERITA

Jualan Rahmah Di Perlis Catat Nilai Jualan Lebih Rm7 Juta

23/12/2024 06:38 PM

ARAU, 23 Dis (Bernama) -- Jualan Rahmah di Perlis mencatatkan nilai jualan RM7.16 juta daripada penganjuran 188 program pada tahun ini, kata Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Rohaida Hassan.

Rohaida berkata subsidi kerajaan berjumlah RM2.6 juta disalurkan melalui program itu bagi memastikan barangan keperluan dapat ditawarkan pada harga rendah untuk meringankan beban rakyat.

“Program Jualan Rahmah itu telah menerima seramai 119,126 pengunjung yang menghadiri 188 program ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dan sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 peringkat negeri di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Sementara itu, Rohaida berkata pihaknya melakukan pemantauan harga barangan dengan kekuatan 37 anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang pelaksanaan SHMMP Krismas yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Dis. 

“Pemantauan harga oleh penguat kuasa ini melibatkan lokasi seperti di pasar malam dan pasar raya,” katanya sambil menambah KPDN Perlis menerima 251 aduan sepanjang tahun ini dengan 180 kes berjaya diselesaikan.

Sebanyak 14 jenis barangan kawalan di bawah SHMMP, antaranya ayam tua hidup iaitu harga maksimum hanya di Sarawak, kepak ayam (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan), daging kambing biri-biri bertulang import, ubi kentang import (China), lobak merah, tomato, lada benggala hijau, cili merah, bawang merah besar import dan bawang kuning besar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan