WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Microsoft Rancang Labur US$80 Bilion Untuk Pusat Data AI Pada Fiskal 2025

04/01/2025 11:57 AM

WASHINGTON, 4 Jan (Bernama-AA) -- Microsoft merancang untuk melabur hampir US$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada tahun fiskal 2025, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat itu pada Jumaat.  

"Pada FY 2025, Microsoft dijangka melabur kira-kira US$80 bilion untuk membina pusat data AI bagi melatih model AI serta melancarkan aplikasi berasaskan AI dan cloud di seluruh dunia," kata Naib Pengerusi dan Presiden Microsoft, Brad Smith, dalam satu catatan blog.  

Smith menegaskan bahawa AI mampu mendorong inovasi dan meningkatkan produktiviti dalam setiap sektor ekonomi, sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia memimpin gelombang teknologi ini terutama jika negara itu memanfaatkan kekuatannya dan menjalin kerjasama antarabangsa dengan berkesan.  

"Hari ini, Amerika Syarikat mendahului perlumbaan AI global hasil pelaburan modal swasta dan inovasi oleh syarikat-syarikat Amerika, daripada syarikat permulaan yang dinamik hingga perusahaan yang mapan," katanya.  

"Di Microsoft, kami menyaksikan perkara ini secara langsung menerusi kerjasama kami dengan OpenAI, firma-firma baharu seperti Anthropic dan xAI, serta platform dan aplikasi perisian berasaskan AI kami sendiri."  

-- BERNAMA-AA  


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan