WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KPDN Pulau Pinang Rampas Pelbagai Barangan Bernilai RM3.31 Juta Sepanjang 2024

09/01/2025 06:58 PM

BUKIT MERTAJAM, 9 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas barangan bernilai RM3.31 juta melalui operasi dan pemeriksaan yang dijalankan di 52,473 premis perniagaan seluruh negeri, tahun lepas.

Pengarah KPDN negeri S Jegan berkata nilai rampasan itu membabitkan 724 kes di bawah pelbagai akta antaranya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

"KPDN Pulau Pinang turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM385,450 terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh sama," katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang di Bukit Minyak, di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan operasi KPDN negeri itu kerana mendapat kerjasama orang ramai yang sentiasa menyalurkan maklumat mengenai salah laku dalam kalangan peniaga.

Sementara itu, Jegan berkata harga bagi kelapa, santan dan kelapa parut di Pulau Pinang masih terkawal dan masih stabil walaupun berlaku peningkatan harga kelapa.

Beliau berkata kenaikan harga kelapa dari Indonesia disebabkan permintaan tinggi dari Thailand dan keadaan itu menyebabkan harga diterima di Pulau Pinang adalah tinggi dengan RM2.29 sebiji di peringkat pengimport.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan