WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Angka kematian Di Gaza Akibat Serangan Israel Melebihi 46,000 Orang

09/01/2025 11:04 PM

GAZA, 9 Jan (Bernama-WAFA) -- Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya, kerana  ambulans dan pasukan pertahanan awam menghadapi kesukaran untuk melakukan misi menyelamat disebabkan serangan Israel yang berterusan, runtuhan yang banyak, serta kekurangan bahan api dan peralatan berat.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan