WILAYAH - SABAH > BERITA

Pekerja Kontrak Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Talian Internet

15/01/2025 12:02 AM

MEMBAKUT, 14 Jan (Bernama) -- Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet sebuah syarikat telekomunikasi dalam kejadian di Kampung Sinoko, Jalan Bambangan, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran tiang elektrik.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang sebelum lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan telah disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas.

"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan