WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Mohon Bantuan Kesan Hussin Othman

15/01/2025 12:07 AM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Hussin Othman pada 7.15 malam, hari yang sama.

Menurutnya pada hari berkenaan, Hussin dilihat kali terakhir keluar dari Wad 24, Aras 5, HKL pada pukul 6 petang.

“Hussin berketinggian kira-kira 168 sentimeter, berambut putih, memakai cermin mata dan bertongkat, serta mengenakan baju warna kelabu berlogo mini love, seluar pendek berwarna kelabu dan berselipar, sambil memegang bungkusan plastik warna merah dan putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan