ALOR SETAR, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman dua anggota penguat kuasa hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan kira-kira RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap penjualan ketum pada 2023.
Perintah reman hingga Ahad dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas menerima permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Kedah kira-kira 2 petang, semalam.
"Berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar Jun 2023,” katanya.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial