KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama bagi saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 86.18 peratus.
AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat 5 petang, 15 Jan 2025, jumlah saham MAHB yang dipegang oleh penawar tawaran bersama dan penawar tawaran muktamad bersama adalah sebanyak 85.77 peratus (1,431,048,124 saham).
Ini meningkatkan jumlah saham yang diperoleh kepada 86.18 peratus, iaitu sebanyak 1,437,965,399
Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham dan tempohnya dilanjutkan kepada Jumaat, 24 Jan, 2025, daripada 17 Jan, 2025, kata bank pelaburan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial