WILAYAH - SELATAN > BERITA

Anak Pemain JDT Meninggal Dunia

19/01/2025 03:49 PM

JOHOR BAHRU, 19 Jan (Bernama) -- Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Nazmi Faiz Mansor mengumumkan anak perempuan keduanya Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz meninggal dunia pada 10.55 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran Instagram, Nazmi, 31, memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun … 10.55 pagi baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.

"Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami," katanya dalam hantaran itu. 

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian cahaya mata keduanya itu tidak diketahui.

Sementara itu, kelab Johor Southern Tigers (JST) turut berkongsi berita sedih berkenaan di laman facebook kelab.

"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Nazmi Faiz dan keluarga atas pemergian anak perempuan beliau, Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz yang telah meninggal dunia pada 19 Jan 2025.

"Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," menurut JST.

Nazmi dan isteri yang dikenali sebagai Nurul Yasmin mendirikan rumah tangga pada 25 Nov 2017 dan pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 26 Jun 2020.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan