KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) --Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini turut melaporkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jarak 210 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.
Menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana pada kedalaman 80 kilometer itu berlaku pada koordinat 0.5 darjah Utara dan 121.2 darjah Timur.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang gegaran yang dirasai di tiga kawasan tersebut dan pemantauan situasi itu sedang dilakukan.
"Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini diterima dan pihak kami sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial