WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Lapan Kawasan Di Sarawak

29/01/2025 11:23 AM

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis).

Amaran hujan tahap buruk bagi tempoh sama dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah iaitu pedalaman Keningau dan Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan