WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Agong Sambut Baik Usaha Kerajaan Tingkat Pelaburan Asing Berkaitan Teknologi, Digital

03/02/2025 11:24 AM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.

Pada masa sama, baginda bertitah agar pengukuhan infrasktruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini, perlu dilaksanakan dengan segera.

“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik taraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus. 

“Ini bagi membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa serta budaya “red tape” (karenah birokrasi) yang menyusahkan urusan rakyat,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini, hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan