WILAYAH - UTARA > BERITA

JKM Cari Waris Pesakit Terlantar Di Hospital Kuala Kangsar

03/02/2025 03:41 PM

IPOH, 3 Feb (Bernama) -- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Kangsar memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar. 

Pegawai PKMD Kuala Kangsar Nur Fatma Fauzi berkata Khairul Azam Mohd Ghazali, 44, dirawat di hospital itu akibat penyakit kencing manis atau diabetes mellitus. 

"Khairul Azam kini sedang menerima rawatan lanjut dan ditempatkan di wad penyayang hospital berkenaan, keadaannya agak serius ketika ini. 

"Berdasarkan rekod pesakit beralamat di No 8, Jalan Bunga Raya 12 Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar merupakan anak tunggal dan telah kematian ibu serta tidak mempunyai waris lain selain bapa kandungnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Nur Fatma menambah usaha untuk mendapatkan maklumat daripada Khairul Azam bagi mengesan bapa kandungan agak sukar kerana pesakit sudah lama tidak berhubung dengan bapanya itu. 

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris pesakit ini, diminta menghubungi PKMD Kuala Kangsar di talian 05-776198," katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan