WILAYAH - UTARA > BERITA

PERKESO Perlis Sasarkan 12,000 Suri Rumah Mencarum Di Bawah SKSSR

03/02/2025 07:21 PM

PADANG BESAR, 3 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perlis menyasarkan 12,000 suri rumah di negeri itu mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menjelang akhir tahun ini.  

Pengarahnya Ahmad Firdaus Hashim berkata setakat Disember lepas, lebih 9,000 suri rumah di Perlis telah mendaftar di bawah skim itu sekali gus menunjukkan perkembangan positif dalam kalangan wanita terhadap SKSSR. 

"Skim yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah sejak Disember 2022 itu bertujuan memberi perlindungan kepada wanita yang mengalami penyakit, kemalangan atau bencana domestik ketika melaksanakan urusan rumah tangga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sesi temuduga peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Perlis di  Dewan Seri Melati, Beseri di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar IPR-INTAN NCER, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Iskandar Zulkarnain Zainal Abidin.

Ahmad Firdaus berkata perlindungan itu meliputi insiden yang menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan hingga menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.        

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan