KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan terus mara sebagai gabungan yang kukuh, relevan dan sentiasa mendahulukan rakyat serta negara.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Pengerusi BN itu berkata beliau percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
"Dalam 25 bulan yang lalu, Barisan Nasional bukan sekadar memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi menjadi tunjang kestabilan.
"Namun, kejayaan semalam bukan jaminan esok yang lebih sempurna. Cabaran sebenar adalah bagaimana kita terus melangkah, memberikan nikmat buat rakyat dalam bulan-bulan yang mendatang," katanya.
Dalam hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi mengenai sesi pramajlis bersama ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN bersempena pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 semalam.
Beliau berkata sesi itu antara lain bagi memperkukuh kesatuan serta hala tuju BN pada sidang Parlimen kali ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial