WILAYAH - TENGAH > BERITA

Langganan 5G Di Seluruh Negara Cecah 18.19 Juta Setakat Suku Keempat 2024 - Fahmi

05/02/2025 07:29 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua. 

"Perkembangan positif ini antara dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Fahmi berkata liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara juga telah mencapai 82.4 peratus dalam tempoh berkenaan sekali gus memperkukuh infrastruktur digital negara. 

"Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan