KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Satu perkongsian dengan disertakan tangkap layar akaun Instagram atas nama 'Raja zarith sophia' yang disahkan sebagai akaun palsu menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
"Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.
"Adalah ditegaskan bahawa penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunasnya yang ditetapkan," menurut hantaran Facebook itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial