WILAYAH - TIMUR > BERITA

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Petrol

08/02/2025 09:06 PM

KOTA BHARU, 8 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 325 liter petrol dipercayai cuba diseludup melalui pengkalan haram Kampung Simpangan dekat Tumpat malam tadi.

 Pengarah KPDN negeri Azman Ismail berkata Ops Bersepadu sekitar 11.30 malam yang disertai Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor itu turut menyita dua buah kenderaan jenis Proton Iswara dan Proton Wira dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 10,000.

Beliau berkata terdahulu pasukan operasi mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum membuat serbuan di pengkalan haram berkenaan.

"Siasatan lanjut menemui beberapa tong yang disimpan di dalam dua buah kenderaan terbabit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan