WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Letupan Tangki Simpanan Minyak Di Korea Selatan

10/02/2025 09:14 PM

ULSAN (Korea Selatan), 10 Feb (Bernama-Yonhap) -- Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.

Letupan itu berlaku pada 11.15 pagi di sebuah loji di Ulsan, kira-kira 310 kilometer tenggara Seoul, menurut pihak bomba.

Kedua-dua mangsa merupakan pekerja yang membuka tangki untuk memeriksa tahap bahan kimia ketika letupan berlaku.

Seorang pekerja berusia 30-an tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital. Mangsa menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada sebelah petang.

Seorang lagi pekerja mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan stabil dan tidak mengancam nyawa.

Kebakaran berjaya dipadamkan selepas kira-kira tiga jam dengan lebih 230 anggota bomba serta 44 peralatan, termasuk jentera bomba, dikerahkan dalam operasi pemadaman.

Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan bagi menggerakkan semua sumber yang ada untuk memadamkan kebakaran.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan