WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Remaja Ditemukan Lemas Di Taman Rekreasi Sungai Kedondong

11/02/2025 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa Adam Ashraf Mohd Amir, 19, lemas ketika melakukan aktiviti di sungai tersebut dan ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari.

Menurut JBPM, panggilan kecemasan diterima daripada rakan mangsa pada 11.43 pagi sebelum enam anggota dengan sebuah jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi menjalankan pencarian permukaan (‘surface searching’) di kawasan sekitar sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” menurut kenyataan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan