MOSCOW, 12 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah €134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ahli Parlimen Eropah dari parti pemerintah Hungary, Fidesz, Csaba Domotor.
“Terdapat satu laporan di laman sesawang Majlis Eropah.
“Menurut laporan itu, EU dan negara anggotanya setakat ini memperuntukkan €134 bilion untuk menyokong peperangan.
“Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dana pembangunan serantau yang diperuntukkan dalam tempoh semasa.
“Malah, sekitar 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan tujuh tahun EU dibelanjakan untuk perang,” kata Domotor di media sosial pada Selasa.
Beliau turut berkata bahawa prospek masa depan lebih membimbangkan kerana Amerika Syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan ketenteraan, manakala gabungan pemerintah dalam Parlimen Eropah tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian, meskipun ekonomi Eropah berada dalam keadaan lembap.
Sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada Februari 2022, negara-negara Barat menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Kyiv.
Rusia secara konsisten memberi amaran bahawa penghantaran senjata oleh Barat hanya akan memanjangkan konflik.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial