WILAYAH - SELATAN > BERITA

Lelaki Warga Singapura Diberkas Bersama 1.7 Kg Heroin

17/02/2025 07:21 PM

ISKANDAR PUTERI,  17 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang warga Singapura bersama 1.7 kilogram heroin dan 67.13 gram syabu bernilai RM21,106 di sebuah pangsapuri di Forest City, di sini pada 12 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai sebagai runner ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam.

"Suspek disyaki berperanan membawa dadah ini untuk pasaran luar negara dan dia dipercayai menyewa pangsapuri berkenaan yang merupakan kediaman berpagar dan berpengawal," katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati warga Singapura itu positif dadah jenis Methamphetamine dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain dalam kegiatan pengedaran dadah itu.

Kumarasan berkata sebuah kereta jenis Audi A5 serta jam tangan jenama Nixon turut disita dalam serbuan berkenaan dengan keseluruhan rampasan termasuk dadah berjumlah RM53,656.

Beliau berkata lelaki itu direman selama tujuh hari bermula 12 Feb dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan